We use cookies to improve your experience on our website. By continuing to browse this website, you are agreeing to our use of cookies. Find out more by reading Privacy Statement . OK

NOTIS PRIVASI

Notis privasi ini (“Notis Privasi”) diberikan kepada semua pelanggan The RuMa Hotel and Residences (termasuk semua subsidiari, syarikat berkaitan dan/atau syarikat bersekutu) ("Syarikat", "kita" atau "kami"), selaras dengan obligasi statutori di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("PDPA").

Jenis Maklumat Peribadi Yang Kami Kumpul

Data peribadi bermaksud maklumat dalam pegangan kami yang berkait samada secara langsung atau tidak kepada seseorang individu setakat membolehkan pengecaman individu ataupun pengecaman individu daripadanya dan maklumat lain dalam pegangan kami, yang mana merangkumi:

  • Maklumat yang anda berikan kepada kami, seperti nama anda, alamat, nombor-nombor telefon, nombor kad pengenalan, butiran passport, tarikh lahir, kewarganegaraan, alamat emel, gambar, maklumat mengenai reservasi, penginapan atau lawatan anda dengan kami, maklumat pembayaran seperti nombor kad pembayaran dan maklumat kad lain, dll;
  • Maklumat yang dikumpul di hotel, seperti maklumat peribadi berhubung dengan servis di hotel, seperti perkhidmatan concierge, spa, aktiviti, perkhidmatan penjagaan kanak-kanak, sewa peralatan, borang pengecualian makanan dari luar hotel atau makanan yang dibawa pulang, dan kami juga mungkin menggunakan televisyen litar tertutup (CCTV) dan langkah-langkah keselamatan lain yang mungkin merakam dan merekodkan imej tetamu dan penonton di kawasan awam, dll;
  • Maklumat yang dikumpul oleh teknologi semasa anda melanggan kepada Perkhidmatan ini, seperti jenis pelayar web anda, alamat Protokol Internet (IP), nama domain, profil pengguna, cookies, Android ID, perkhidmatan analitik pihak ketiga (seperti Google Analytics), dll;
  • Maklumat yang dikumpul oleh pihak ketiga atau sumber-sumber lain yang dibenarkan atau diberikuasa, seperti bila anda telah memberi izin di laman-laman web pihak ketiga untuk mendedahkan kepada kami maklumat berkaitan dengan anda.

Data peribadi untuk tujuan notis ini mungkin, di mana berkenaan, turut merangkumi data peribadi sensitif di mana sebarang data peribadi yang terdiri daripada maklumat kesihatan atau keadaan fizikal dan mental individu, pendapat politiknya, kepercayaan keagamaan atau kepercayaan lain yang bersifat sama, perlakuan kesalahan ataupun dakwaan kesalahan oleh seseorang individu ataupun mana-mana data peribadi sepertimana yang ditentukan oleh Menteri.

Bagaimana Kami Mengguna Maklumat Peribadi Anda

Data peribadi (termasuk data peribadi yang sensitif) yang dikumpul daripada anda akan digunakan untuk:

  • menilai dan memproses tempahan dan reservasi dengan kami;
  • memproses, membolehkan, menguruskan dan/atau membekalkan anda dengan produk dan/atau perkhidmatan kami,
  • melaksana, menguruskan dan/atau mengekalkan perhubungan anda dengan kami, transaksi komersial anda dengan kami;
  • memproses pembayaran anda, termasuk membekalkan bil kepada anda, mengekalkan rekod kewangan, menilai atau menentusah butiran-butiran kad kredit/debit dan membolehkan pembayaran sebarang jumlah yang dihutang kepada kami;
  • membekalkan anda dengan sokongan perkhidmatan, pengurusan dan pengoptimuman, perkhidmatan sokongan pengguna dan perkhidmatan lain yang berkaitan, termasuk membalas kepada pertanyaan dan aduan anda;
  • membaiki dan memudahkan perkhidmatan pelanggan kami, untuk inisiatif pembangunan perniagaan;
  • membuat profil tentang kehendakan penggunaan dan pembelian anda, termasuk menganalisis cara penggunaan produk dan/atau perkhidmatan kami, dengan menggunakan kaedah peribadikan atau agregat untuk mengumpul maklumat tentang demografi, minat dan kelakuan supaya kami lebih memahami anda dan boleh menyesuaikan produk dan/atau perkhidmatan kami mengikut kehendak anda;
  • membuat kaji selidik pasaran, analisis pasaran dalaman, membuat profil pengguna, membuat analisis corak pengguna, kelakuan dan pilihan, analisis perancangan dan statistik, termasuk menyediakan laporan mengenai analisis tersebut dan menggunakan keputusan analisis untuk pelbagai tujuan termasuk untuk kemajuan dan pemasaran produk dan/atau perkhidmatan yang diberi oleh kami dan/atau pihak ketiga yang tertentu;
  • mempromosikan produk dan/atau perkhidmatan kami, atau mempromosikan produk dan/atau perkhidmatan pihak ketiga yang mungkin anda berminat;
  • menghantarkan anda ucapan perayaan dan promosi; dan
  • sebarang tujuan-tujuan lain yang kami perlukan atau berhubung dengan perhubungan anda dengan kami

(secara kolektifnya dirujuk sebagai “Tujuan-Tujuan”).

Kami juga mungkin akan tidak menyiarkan atau mengagregatkan Maklumat Peribadi anda dengan mengecualikan maklumat (seperti nama anda) yang membuatkan data tersebut dikenali (“Maklumat Tanpa Nama”). Maklumat Tanpa Nama ini mungkin akan digunakan untuk memperibadikan produk dan/atau perkhidmatan kami, termasuk untuk mengarahkan iklan-iklan tertentu lebih relevan kepada anda atau untuk menganalisis permintaan dan corak penggunaan supaya kami boleh meningkatkan kandungan produk dan/atau perkhidmatan kami atau untuk mana-mana kaji selidik pasaran yang berkaitan untuk tujuan penyelidikan, sama ada secara dalaman atau melalui pihak ketiga.

Kami mungkin memperoleh data peribadi anda daripada diri anda dan melalui sumber-sumber lain, termasuk daripada pihak-pihak ketiga yang berkait dengan anda (sebagai contoh, pelanggan lain yang berhubungkait dengan anda), dan melalui sumber-sumber lain di mana anda telah memberikan kebenaran anda untuk mendedahkan maklumat peribadi anda (sebagai contoh, maklumat yang dikumpul semasa anda melawati laman web kami).

Kami hanya akan memproses data peribadi anda menurut kepada PDPA, peraturan-peraturan yang terpakai, garis panduan dan/atau perintah berdasarkan pindaan yang terkini. Kami ‘memproses’ data peribadi anda dengan mengumpul, merekod, memegang, menyimpan, mengguna dan/atau mendedahkannya.

Pendedahan Maklumat Peribadi Anda

Kami tidak akan mendedahkan apa-apa data peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga tanpa kebenaran anda, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, kecuali kepada:

  • syarikat-syarikat di dalam kumpulan Syarikat (termasuk subsidiari, syarikat berkaitan dan/atau syarikat bersekutu kami);
  • syarikat pengurusan hotel yang mengurus Syarikat, dan hotel-hotel yang diurus dan/atau dibangunkan oleh syarikat pengurusan hotel tersebut;
  • mana-mana konsortium hotel di mana Syarikat adalah sebahagian daripada konsortium tersebut, dan mana-mana hotel yang merupakan ahli konsortium hotel tersebut;
  • penasihat profesional, vendor, pembekal, ejen, kontraktor, pembekal perkhidmatan, rakan kongsi perniagaan, syarikat insurans, bank, institusi kewangan, yang berkaitan dengan mana-mana Tujuan-Tujuan yang dinyatakan di atas, termasuk pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang memperibadikan jenis maklumat yang diterima oleh kami dan untuk meningkatkan, menyesuaikan dan memajukan kandungan dan fungsi untuk membolehkan kami memberi anda produk dan/atau perkhidmatan yang lebih baik;
  • pewaris hakmilik kepada kami;
  • agensi kerajaan, pihak berkuasa dan/atau badan berkanun;
  • pihak-pihak (termasuk tetapi tidak terhad kepada para penasihat dan wakil) yang berkait kepada mana-mana proses korporat, sebagai contoh, mana-mana panggabungan dan/atau penyatuan, usaha sama, latihan pembiayaan, penjualan aset atau mana-mana perkara bersamaan jenis yang berkaitan dengan Syarikat,

dan sekiranya perlu, kepada mana-mana pihak yang berjanji untuk menyimpan data peribadi anda secara sulit bagi melaksanakan Tujuan-Tujuan yang dinyatakan di atas atau kepada pihak-pihak sepertimana yang dituntut atau diperuntukkan di bawah undang-undang.

Bagaimana Sekiranya Maklumat Peribadi yang Dibekalkan Anda Adalah Tidak Lengkap?

Kami perlu mengumpul dan menyimpan data peribadi anda. Sekiranya anda tidak memberikan data peribadi anda kepada kami, kami mungkin tidak dapat memberikan produk dan/atau perkhidmatan secara efektif kepada anda atau memproses data peribadi anda bagi Tujuan-Tujuan yang disebut di atas, jika ada.

Hak Anda untuk Mengakses dan Membetulkan Maklumat Peribadi Anda

Kami akan memastikan data peribadi anda disimpan dengan selamat dan hanya akan menyimpan data peribadi anda untuk tempoh yang perlu dan/atau menurut PDPA. Anda mempunyai hak untuk meminta akses kepada, mendapat salinan, mengemaskini atau memperbetulkan data peribadi anda yang disimpan oleh kami. Anda juga mempunyai hak untuk meminta kami menghadkan pemprosesan dan penggunaan data peribadi anda pada bila-bila masa (contohnya, meminta kami berhentikan penghantaran iklan atau promosi kepada anda untuk tujuan pemasaran). yang tertakluk kepada mana-mana pengecualian statutori dalam mengumpul, mengguna dan mendedah data peribadi anda.

Permintaan atau pertanyaan bertulis anda perlu disampaikan ke alamat di bawah:

Pengurus Besar
Alamat: 7, Jln Kia Peng, 50450 Kuala Lumpur
No. Telefon : 03-27780888
No. Faks : 03-27780999
Alamat E-mel : information@theruma.com

Dengan memberikan data peribadi anda kepada kami, anda bersetuju untuk kami memproses data peribadi anda sepertimana yang tertera dalam Notis Privasi ini, dan anda mengesahkan bahawa semua data peribadi yang diberikan oleh anda adalah betul dan lengkap, dan tiada data peribadi yang mengelirukan atau yang belum dikemaskinikan. Anda mesti, dengan segera, mengemaskini data peribadi anda sekiranya terdapat apa-apa perubahan kepada data peribadi yang anda beri kepada kami.

Setakat mana yang anda telah memberikan (atau akan memberikan) data peribadi tentang ahli keluarga, pasangan, tanggungan lain anda (jikalau anda ialah seorang individu), pengarah, pemegang saham, wakil, ejen (jikalau anda ialah sebuah entiti korporat/organisasi) dan/atau individu lain, anda mengesahkan bahawa anda telah menjelaskan (atau akan menjelaskan) kepada mereka bahawa data peribadi mereka akan didedahkan kepada, dan akan diproses oleh, kami dan anda turut memberi representasi dan menjamin bahawa anda telah memperolehi persetujuan daripada mereka berkenaan dengan pemprosesan (termasuk pendedahan dan pemindahan) data peribadi mereka sepertimana yang tertera dalam Notis Privasi ini.

Berkenaan dengan individu yang belum mencapai usia dewasa (iaitu individu di bawah umur 18 tahun) atau individu yang tidak kompeten untuk memberi persetujuan, anda mengesahkan bahawa anda ialah ibu bapa atau penjaga atau orang yang mempunyai kewajipan terhadap mereka atau orang yang dilantik oleh mahkamah untuk menguruskan urusan mereka atau mereka telah melantik anda untuk mewakili mereka, untuk memberi persetujuan bagi pihak mereka berkenaan dengan pemprosesan (termasuk pendedahan dan pemindahan) data peribadi mereka sepertimana yang tertera dalam Notis Privasi ini.

Semakan dan Pindaan terhadap Notis Privasi Ini

Kami berhak untuk mengemaskini dan meminda Notis Privasi ini dari semasa ke semasa. Sebarang perubahan atau pindaan kepada Notis Privasi ini akan dimaklumkan melalui pengumuman di laman web kami atau melalui cara lain yang bersesuaian. Jika kami meminda Notis Privasi ini, pindaan itu hanya akan berkuatkuasa untuk data peribadi yang dikumpul selepas kami memaparkan Notis Privasi kami yang terpinda.

Mengikut Seksyen 7(3) PDPA, Notis Privasi ini diterbitkan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang ketidakseragaman atau percanggahan di antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.